Recent Posts

ads

Assalamualaikum Dunia Blogging

Pheuw...

Akhirnya setelah menyepi selama beberapa tahun dalam dunia blogging, dengan penuh bersemangat secara rasminya pada tarikh 4 Ogos 2020 maera kembali mengetuk papan kekunci.

Horayy!!! Tepukan gemuruh untuk diri sendiri. 👏👏👏

Kepada pembaca yang pertama kali berkunjung ke blog peribadi ini dan tidak lupa kepada sahabat blogger yang pernah mengenali saya, sedikit sejarah tentang saya dalam dunia blogger. 

No photo description available.
Header blog pada tahun 2015

Siapa Khumaera Ismail?

Nama glamer maera ismail tapi nama sebenar Siti Mariam Ismail. Lahir pada tahun 1985 jadi pembaca boleh agak berapa umur saya. 😄 Saya mula aktif dalam menulis blog pada tahun 2009 dengan alamat mid-sayang.blogspot.com dan berubah ke domain maeraismail.com dengan gelaran Miss Librarian. Seingat saya masa tu sezaman dengan blogger Yuyu Zulaikha, Ben Ashaari, Azhafizah, Cik Epal, Irine Nadia Marcelo, Nurulbadiah Lai, Fatin Liyana, Nisa Kay dan ramai lagi. 

Skop penulisan maeraismail.com

Pada 2010, kebanyakkan entry blog saya berkisarkan tentang kehidupan seharian sebagai pustakawan, sebagai seorang isteri dan ketika itu juga saya banyak berkongsi tutorial dan DIY mudah seperti hiasan dulang hantaran, tutorial cara pemakaian shawl, review produk dan pelbagai lagi. Kira multi-topic juga lah isi kandungan blog masa tu. Kemudian saya gemar menganjurkan 'contest' untuk sahabat blogger. Contest yang saya paling ingat ialah Contest Me N Hijab, motif untuk memberi galakkan kepada para wanita untuk cantik berhijab dalam masa yang sama berkongsi rezeki dengan pemberian hadiah. Anggaran pembaca tetap blog waktu itu ialah sekitar dua ribu pengikut/follower.

Bila diingat semula, yeah...saya sangat suka menulis waktu itu walaupun penggunaan ayat sempoi dan agak kebudak-budakkan ya gais. Mungkin cara penulisan berubah seiring dengan bertambahnya umur, setuju tak? 😉

FB page maeraismail.com

Ya semasa aktif berblogging, saya ada create satu FB page khas untuk blog maeraismail.com. Fungsi FB page adalah untuk menarik lebih ramai pembaca dan menyebarluaskan pautan ke laman blog dengan cara yang lebih efektif. Tapi oleh kerana blog sudah dipadamkan maka saya ubah kepada FB page perniagaan online saya iaitu RENOSKIN Medic Serum Pahang https://www.facebook.com/Renoskinofficial/ 

Blog maeraismail.com dipadam

Jadi...setelah beberapa tahun blogging, pada 2015 maera membuat keputusan untuk menutup blog maeraismail.com atas sebab peribadi dan kekangan masa. Untuk menaip satu satu entry pun memerlukan masa dan komitmen yang berpanjangan dan...maera rasa saat tu blog maera sangat sangat terabai kerana fokus saya ketika itu sudah beralih arah. Sukar ya sebenarnya untuk membuat keputusan seumpama itu tetapi yeah...saya telah men-delete blog maeraismail.com selama-lamanya. Biasanya kita boleh saja deactivate blog sementara waktu, tapi maera sudah tekan butang 'delete', tak ada pula butang 'undo'. 😂

Harapan kepada blog baru Khumaera Ismail

Dengan wujudnya blog peribadi ini, maera harap dapat kembali aktif mengetuk papan kekunci ini secara konsisten dan matlamat saya sebagai seseorang yang sudah berumur 35tahun tahun ini ialah untuk berkongsi informasi dan perkara yang bermanfaat buat para pembaca semua. InsyaAllah doakan saya ya.

Untuk sahabat blogger yang pernah mengenali saya dan mungkin kalian ada soalan atau pertanyaan setelah hampir 5 tahun saya menyepi, tinggalkan komen anda di bawah. InsyaAllah saya akan cuba jawab dengan sebaiknya. 😊

Hingga berjumpa di lain entry, jaga diri dan salam sayang.

7 comments:

Trying out GAMMA.APP web embed

ads
Powered by Blogger.